Halloween Costume ideas 2015

Dhabb (Biawak Padang Pasir) Yang Menyaksikan Kenabian Rasulullah ﷺ


Sebelum saya bercerita, sekiranya dhabb (biawak padang pasir) berbeda dengan biawak yang lazim di Indonesia, beberapa Ulama mengemukakan haram biawak selain biawak padang pasir, karena memang berbeda. Dhab (biawak padang pasir) selain rasanya lezat, waqila dapat digunakan untuk menyembuhkan beberapa macam penyakit. Akan tetapi selain kelezatan dan juga dapat digunakan penyembuhan beberapa penyakit, dhabb juga pernah menyaksikan kenabian Nabi Muhammad , dan mengimankan orang Arab Badui dari Bani Sulaim. Diriwayatkan, dari Amirul Mukminin Umar Ibnu Khattab radliyalLahu 'anh:

Suatu ketika, Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang Arab Baduwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Ia membawa seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan berazam untuk membakar hewan tersebut, untuk dimakan.

Melihat segerombolan pejalan kali, ia tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Ketika ia diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi Muhammad maka ia terus mendekati Nabi , lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripada kamu wahai Muhammad!, kalaulah tidak karana aku khawatir kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu, lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam,putih, merah dan kaum-kaum selainnya.!”

Umar al-Khattab menjadi naikpitam, marah yang sangat, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi Muhammad tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar!, Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?” Nabi kemudian berkata kepada Arab Baduwi tersebut “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Baduwi tersebut tidak mengalah, bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu wahai Muhammad, hingga biawak ini beriman kepadamu,”

katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi Muhammd . Lalu beliau memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Iya, wahai Sang Nabi utusan Allah”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?” Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang a’rasy-Nya berada dilangit, kekuasaan yang ada di bumi itu atas kekuasaannya, di lautan itu anugrah jalanNya, di syurga itu rahmat-Nya dan di neraka itu azabNya!”

Tanya Nabi Muhammad lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab biawak; “Tuan adalah Utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang menyokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi tersebut lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkaulah orang yang paling aku kasihi, lebih aku kasihi daripada bapaku dan diriku sendiri, semoga engkau kasihi zahir & batinku.” Kemudian badui tersebut mengucapkan kalimah syahadat di hadapan semua yang hadir.

||Wallahu a'lam, Kisah ini dapat kita jumpai di asy-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustofa karangan al-Imam al-Allamah al-Qadhi ‘Iyadh, Imam Baihaqi juga menyebutkan dalam Dalailun Nubuwah, begitu juga Ibnu Katsir dalam Bidayahnya.

Jogjakarta, Rabo 27/04/2016

Labels:

Post a Comment

Streamtosoccer.com

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget